ms.news

Kardinal Zen, Tawar-menawar Antara Vatican Dengan China suatu "Kepalsuan”

Suatu perjanjian yang telah dibuat antara Vatican dengan China yang akan mengurungkan Gereja Katholik dalam "sangkar burung", kata Kardinal Hong Kong, Joseph Zen, umur 86.

Berkata kepada Associated Press (9hb Februari), Zen menjelaskan bahawa Regim China ingin Gereja untuk menyerah supaya mereka dapat kawalan yang penuh.

Berkenaan dengan aturan yang akan memberikan Pope kuasa veto ke atas bishop-bishop pada masa hadapan, kata Zen, “Ini kedengaran indah sungguh, tetapi sayangnya, ia bukan benar”. Menurut Zen, Pope tidak boleh selalu menggunakan kuasa vetonya. Bagi Zen, dia lebih suka akan sistem yang dapat mengimbangi kuasa veto Francis, mahupun Kerajaan China.

Locked for:

Gambar: Joseph Zen, © Mazur, catholicnews.org.uk, CC BY-ND, #newsKczsdbanwn
41